Tuesday, December 6, 2011

Bermalam di Rumah Janda

Assalamualaikum.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, seorang penunggang motosikal terpaksa berteduh di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam Jumaat itu. 
      Itulah sahaja satu satunya rumah yang terdapat di tepi jalan raya yang sunyi sepi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian selepas neneknya meninggal dunia.
      Si janda muda itu mempelawa pemuda itu untuk bermalam dirumahnya. Pemuda itu dengan senang hati menerima pelawaan itu. Pemuda itu yang basah kuyup ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.
      Selang beberapa minit... Pintu biliknya diketuk. Muncullah si janda muda tadi dengan memakai baju yang sungguh mengghairahkan. Si janda berlesung pipit itu selamba masuk dengan senyuman yang sangat manis. 

      
      "Eh, awak nak teman tak malam ni?" soal janda muda tersebut dengan iringan nada yang manja dan menggoda.

      "Eh, kalau ada yang sudi, apa lah salahnya!" balas si pemuda itu dengan hati yang melonjak lonjak girang.

      "Okeylah... Diluar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam disini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama awak malam ni ye!" kata janda itu dengan tersenyum simpul.

      
Thank you for reading ;p

Monday, December 5, 2011

Anak Bapak!

Assalamualaikum.


Suatu hari puan Zila membawa keempat empat anak perempuannya untuk diperiksa oleh Doktor Asmadi. Tapi, doktor itu berasa hairan kerana keempat empat anak perempuan puan Zila mempunyai nama yang sama iaitu "Zizi". 
           
            Doktor Asmadi berasa amat hairan. Bagaimanakah caranya jika Zila ingin memanggil salah seorang anaknya jika ada hal yang sangat mustahak?


             Puan Zila dengan selamba menjawab: "Apa yang susahnya tuan doktor, panggil aje nama bapaknya, mereka akan datang dengan sendirinya!"


            "Boleh ke macam itu puan Zila?" tanya Doktor Asmadi yang sangat hairan.


            "Eh, apa tak boleh pulak tuan doktor, mesti boleh punya. Keempat empat anak perempuan saya ni bapak mereka berlainan!" Thank you for reading ;p