Wednesday, December 7, 2011

Sengau

Assalamualaikum.






Murid: Selamat pagi cikgu!
Cikgu: Selamat pagi murid - murid, semua boleh duduk.
Murid: Terima kasih cikgu!
Cikgu: Sama - sama, semua keluarkan buku yang cikgu suruh bawak semalam.
Murid: Baik cikgu!
Cikgu: Ada sesiapa yang tak bawak buku?
Murid: Tak ada cikgu!
Cikgu: Bagus! Mari kita mulakan pembelajaran yang pertama.
Murid: Ok cikgu!
Cikgu: Ahmad!
Ahmad: Saya cikgu!
Cikgu: Sebut rambutan.
Ahmad: Nambutan..
Cikgu: Salah! Sebut betul - betul. rambutan!
Ahmad: Nambutan..
Cikgu: Salah, sebut langsat, tembikai.
Ahmad: Nangsat, tmemikai..
Cikgu: Salah! Salah. Cuba lagi keladi, nyamuk.
Ahmad: Keladri, nyaynok..
Cikgu: (Bersabar). Salahhhhhhhhhhhhh! Cuba baca pantun ini.
Ahmad: Mulau mandan nyawuh ngenengeh, ngunung naik nenyemang ningnga, anyur madan ningamung nanah, muni yang maik ningenang nyua..
Raju: Apa mau kata cikgu, Tuhan sudah jadikan dia ini macam la.
Cikgu: (Garu kepala). Kamu ulang sampai boleh!





Thank you for reading ;p

Tuesday, December 6, 2011

Bermalam di Rumah Janda

Assalamualaikum.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, seorang penunggang motosikal terpaksa berteduh di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam Jumaat itu. 
      Itulah sahaja satu satunya rumah yang terdapat di tepi jalan raya yang sunyi sepi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian selepas neneknya meninggal dunia.
      Si janda muda itu mempelawa pemuda itu untuk bermalam dirumahnya. Pemuda itu dengan senang hati menerima pelawaan itu. Pemuda itu yang basah kuyup ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.
      Selang beberapa minit... Pintu biliknya diketuk. Muncullah si janda muda tadi dengan memakai baju yang sungguh mengghairahkan. Si janda berlesung pipit itu selamba masuk dengan senyuman yang sangat manis. 

      
      "Eh, awak nak teman tak malam ni?" soal janda muda tersebut dengan iringan nada yang manja dan menggoda.

      "Eh, kalau ada yang sudi, apa lah salahnya!" balas si pemuda itu dengan hati yang melonjak lonjak girang.

      "Okeylah... Diluar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam disini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama awak malam ni ye!" kata janda itu dengan tersenyum simpul.

      
Thank you for reading ;p