Thursday, January 27, 2011

Perah Otak

Assalamualaikum :)

Gambar Hiasan


SITUASI PERTAMA :-


Sedang Mak Limah (bukan nama sebenar) resah menunggu kepulangan suami tercintanya, Pak Din (bukan nama sebenar) di halaman rumahnya. Tiba tiba munculnya sebuah kereta peronda polis berwarna kelabu taik kucing. Sebaik sahaja kereta itu berhenti, dua orang anggota polis keluar bersama sama suaminya Pak Din.


Polis 1: Mak Limah, tumpang tanya, ini suami Mak Limah kah ?


Mak Limah: Ya saya. Ini suami saya Pak Din. Kenapa ya ?


Polis 2: Mak Limah, tadi kami terjumpa Pak Din di Taman Tasik Titiwangsa, katanya tersesat jalan. Itu yang kami bawak Pak Din sampai ke rumah Mak Limah ni.


Mak Limah: Itulahhhhhh ! Yang abang jalan jauh jauh tu buat apa ? Sedarlah diri tu dah tua bangka, duduk jelah kat rumah. Susah kan orang ajelah orang tua ni.


Pak Din: Aku bukan sesat jalan lah Mah, tapi aku dah tak larat nak jalan !!!


SITUASI KEDUA :-


Pada cuti sekolah yang lalu, Azizah (bukan nama sebenar) cucu kepada Pak Hamid (bukan nama sebenar) yang berusia 5 tahun nak masuk 6 tahun pulang ke kampung di Labu untuk menghabiskan masa cutinya bersama sama datuk kesayangannya.


"Jijah bangga dengan atuk!"kata Azizah.
"Apa yang Jijah banggakan sangat tu?"tanya Datuk.
"Yela, setiap kali bersin, atuk mesti tutup mulut dengan tangan"kata Jijah.
"Mestilah kena tutup! Siapa lagi lah yang boleh diharapkan untuk mengutip gigi palsu atuk kalau tersembur keluar,"jawab Datuk

SITUASI KETIGA :-


Suatu petang yang hening lagi mendamaikan, Faizah (bukan nama sebenar) meluahkan masalahnya kepada teman lelakinya Kamal (bukan nama sebenar)


Faizah: Abang, sejak kebelakangan ini kan, baby sering diintai seseorang ketika mandi di perigi belakang rumah baby tau !


Kamal: Yeke ? Apa yang baby buat ?


Faizah: Semalam, baby cuba satu petua untuk dia tak intai lagi. Baby masukkan ranting ranting tajam pada celah celah papan. Yang peliknya ! semalam dia tak datang, kalau tak, mesti buta mata dia ! Isyhhhh !


Kamal: Oh ! Alhamdulillah . Mujur semalam abang pergi kerja !!!

Thank you for reading ;p

Saturday, January 8, 2011

Ciri Ciri Lelaki yang Terbaik

Assalamualaikum :)

Gambar Hiasan
 


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHARGAI, dengan tidak melengahkan masa marilah kita ikuti carta top 10 senggol-senggolan kita hari ini yang merupakan satu pengakuan istimewa kaum perempuan untuk diperhatikan dengan penuh teliti lagi berhemat oleh kaum lelaki iaitu satu pengakuan dari satu luahan rasa yang mewakili kaum Hawa tentang...

1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh  yang kami ni dj baru hot hot fm..kesalahan sendiri tak perasan. huh! ;(

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa bisa yang ada. :)

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak seseorang individu . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.  Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu, harum kasturi ;)

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak,   mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'BALUN' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kuku kaki hati. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi tu ye..

6. LELAKI YANG PEMURAH -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan perempuan lain yang berada di sekitar kawasan itu.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa masa bersidang mereka dengan teman teman atau jiran tetangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong gila ; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau   undian balik kampung siapa di musim musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Tom Cruise di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok elok. Dengan kuasa veto ini juga bererti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di lali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI TERBAIK.... bila kata terbaik..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara  kata...pun..ehsan Cik Tona jugak ni...iaitu mutiara kata yang berbunyi...

  "SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"


Thank you for reading ;p