Wednesday, December 26, 2012

Berubah

Assalamualaikum.

Keheningan pagi membuat aku sentiasa terkenangkan sesuatu. Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di ingatan dan seperti biasa aku akan melayani lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur.

Mak Senah ibu aku menjalankan rutinnya menyuruh aku segera bersiap untuk membantunya di kebun. Aku menarik nafas dalam dalam kerana satu jadual yang terpaksa di ikut setiap hari. Selesai saja bersarapan kami memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa. Kadang kala terasa bosan juga di hati aku, tetapi apakan daya itu saja yang dapat dilakukan. Namun begitu, jauh di sudut hati aku, sentiasa berdoa dan berharap agar hidup aku akan berubah satu hari nanti.

Kebun kami tidak berapa jauh dari rumah, lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Sedang kami berjalan kaki di sebatang denai, tiba tiba satu cahaya muncul di hadapan aku dan ibu aku. Hati kami menjadi kaget kerana tidak pasti dari manakah datangnya cahaya itu dan tak semena mena badan aku mula melayang layang di udara dan ibu aku pengsan waktu itu juga. Aku ingin menjerit tetapi suara aku bagaikan disekat. Aku cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi sia sia. Tiba tiba badan aku mula bercahaya secara beransur ansur dan akhirnya sama dengan cahaya tersebut.

Seketika selepas itu badan aku mula merekah rekah. Darah segar memancut mancut dari liang liang tubuh aku. Kesakitan yang amat mula terasa di seluruh anggota aku. Urat urat kaki dan tangan membengkak dan pecah. Darah lebih banyak keluar dari tubuh badan aku. Otot otot aku membesar dan terkoyak secara tiba tiba. Aku masih tidak mampu menjerit namun begitu mata aku semakin segar menonton penyeksaaan pada diri aku. Tiba tiba kulit badan aku tersiat siat. Setiap sel sel kulit aku seperti dirobak rabik dan kelihatan daging putih yang tidak berkulit lagi.

Darah mula terbit dicelah celah daging badan aku. Pedih dan ngilu tidak dapat dibayangkan lagi. Apakah ini pembalasan dari Tuhan kepada aku? Aku tidak terdaya lagi. Aku tidak mampu menahan apa apa penyeksaan yang dilakukan kepada diri aku. Dengan tidak semena mena, larutan garam disimbah ke badan aku yang tidak berkulit itu. 
Air garam itu mula menusuk ke dalam daging aku, menambah kepedihan yang sedia ada. 

"Argh... Arghh... Arghhh..." Itu saja yang mampu dikeluarkan dari hati kecil aku. Peristiwa sadis ini dengan tiba tiba datang dan menyeksa diri aku. Secara perlahan lahan badan aku yang terapung diletakkan semula dengan tiba tiba. Duri duri semalu sedang menunggu tubuh aku untuk dijamah. Aku tidak tahan dengan penyeksaan itu lagi lalu aku pun pengsan. Biarlah hilang ingatan aku supaya segala kepahitan, kesakitan dan kesengsaraan dapat dilupai. Malam itu gempar satu kampung apabila para penduduk terjumpa ibu aku pengsan bersama satu makhluk yang lain. Aku tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa bentuk fizikalku telah berubah. Tok Imam segera dipanggil untuk melihat apakah makhluk itu. Tok Imam ternampak satu tanda di lenganku dan akhirnya Tok Imam dapat mengenali aku. Malam itu juga Tok Imam mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa makhluk itu adalah aku dan kini aku telah berubah. 

Hidup aku kini betul betul telah






berubah... berubahh... berubahhh...





men.........ja..........di...................









...................men......ja.........di....






...................menjadi...................






menjadi............menjadi.............








Power Rangers Pink!!!






Kushuk dan tawaduk nampak bila baca... Haha Haha Haha

Thank you for reading ;p

Friday, December 7, 2012

Tanda Seorang Lelaki Telah Jatuh Cinta


Assalamualaikum.

Apabila seseorang lelaki benar benar jatuh cinta and setia pada girlprengggnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya mengejutkan kita semua.. hati lelaki yang dianggap keras ibarat batu kongkrit selama ini, tiba tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas bak sutera apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.. amboihhh.. bahkan, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk girlprengggnya.. sekeras mana pun hati lelaki ni, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.. untuk melihat lelaki menangis memang payah betul.. mesti uolls nak tahu antara tanda tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat lagi menakjubkan ialah:-
  • Dia bersungguh sungguh melakukan sesuatu untuk girlprengggnya dengan rela bukan kerana terpaksa..
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan girlprengggnya dan ingin berubah menjadi orang yang kuat bercakap.. 
  • Dia banyak menasihati girlprengggnya kerana dia amat menyayangi girlprengggnya.. 
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan girlprengggnya kerana perasaan cemburunya yang meluap luap.. 
  • Dia sentiasa takut kehilangan girlprengggnya.. 
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan girlprengggnya kerana dia sentiasa berasa curiga..
  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan girlprengggnya.. 
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila girlprengggnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.. 
  • Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu girlprengggnya melayannya lebih dari orang lain.. 
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu girlprengggnya melakukan apa saja..
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh girlprengggnya.. 
  • Dia akan menggelabah apabila girlprengggnya berjauhan daripadanya terlalu lama.. 
  • Dia sentiasa memastikan keselamatan girlprengggnya .  
  • Dia mementingkan girlprengggnya daripada dirinya sendiri.. 
  • Dia kerap bertanya adakah girlprengggnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada girlprengggnya.. 
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.. 
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan girlprengggnya walaupun terpaksa menunggu girlprengggnya dengan sabar.. 
  • Dia membanggakan girlprengggnya di depan orang lain.. 
  • Kalau ditinggalkan oleh girlprengggnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap girlprengggnya kembali kepadanya..
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merembat kembali girlprengggnya.. 
  • Dia menganggap girlprengggnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.. 
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada girlprengggnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai girlprengggnya.. 
  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air matanya hanya untuk seorang perempuan.. dan, bukan semua perempuan sanggup menitiskan air matanya hanya untuk seorang lelaki.. okenggg?
motif? tak ada motif.
HARGAILAH dia, dia dan dia, sebelum anda diselubungi misteriii.. kekeke

Thank you for reading ;p

Thursday, December 6, 2012

Trend Bertudung Zaman Kini

Assalamualaikum.

Bacalah untuk peringatan KITA, KITA dan KITA semua.

Aku memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ini. Lupakanlah sebentar tentang saudari saudari kita yang masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi apa yang nak aku tulis ini ialah pasal trend memakai tudung dan menutup aurat itu sebenarnya.. sudah tidak selari.. dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's Alhamdulillah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat di sekolah, IPT, pejabat, kilang, itu pun majoriti pekerjanya wanitanya memakai tudung, bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik makcik, cik kak cik kak, adik adik kita yang bertudung dikepala tak kira la tahap mana education backgroundnya..


Beginilah isi surat saudara tu..

  1. Tudung ikat reben kat bawah dagu, tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didalam al-Quran (sila rujuk an-Nuur:31 & Hadith riwayat Abu Daud) Kadang kadang tu main ikat cincai aje , ala ala nyonya yang jual buah atau macam nak pergi noreh getah!
  2. Pakai tudung, tapi ada jambul sedikit terkeluar (entah lah 'ter' atau sengaja?) masa saya kat UK dulu summer season ramai minah salleh pose macam ni, artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g.., Madhuri Dixit, Manisha Koraila,.. gaya model time fesyen show..
  3. Bermini telekung, tutup dada tapi pakai baju tight, singkat pulak tu biasanya digayakan dengan jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap silap pusat sekali kalau ada rezeki.. kekeke
  4. Bermini telekung (3 segi), tapi pakai t-shirt lengan pendek.. lengan/tangan kasi orang tengok.. kita tutup rambut yang hitam, tapi tangan/lengan yang putih melepak tu kita dedahkan..
  5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/kebaya sendat siap dengan kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang lenggok ditiup angin.. melintas jalan.. siapa nak jawab tu?
  6. Pakai tudung labuh, tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala, siap dengan eye-shadow, mascara sekali.. touch-up sana, touch-up sini dan kasut highheels lagi uollls.. bertudung dan berhias hias (bertabarruj) di khalayak ramai, yang bukan muhrim, di tempat kerja, bus-stop dan etc.. sila rujuk (al-Ahzab: 33 ) boleh gitu?
  7. Pakai tudung sempoi (ikat reben) dikenakan dengan baju gaun aras lutut.. (gaun mengandung) kepala tutup, betis nampak.. fuhyooo.. saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak!!!
  8. Pakai tudung, cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu.. "si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke, kecik ke.. orang masih boleh buat tekaan..
  9. Pakai tudung trend busana muslim, siap kerongsang/brooce sana sini, siap touch-up muka, kasut, beg, tas tangan mesti kena match nak pergi kerja, kenduri kahwin, seminar dan etc.. siap dengan accessories gelang, rantai labuh, cincin penuh di jari jemari.. etc yang ni pun lebih kurang yang nombor 6 bertabarruj/berhias hias kepada yang bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut..

Yeah, you are right.. di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung) di antara sepuluh yang tak bertudung tu menepati ciri ciri menutup aurat sebagaimana dalam al-Quran. Ustaz/ustazah dah ajar masa sekolah dulu, aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. 

Sometimes classmate kita yg non-muslim pun confused diaorang ada tanya pakai tudung cara yang mana yang paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sangat wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! sebab dah ada yang kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak ada yang nak pandang, susah lah nak dapat jodoh.. bab ni aku tak dapat nak kata apa dah.. sebab, aku pun tak kahwin lagi. kekeke.. ada pulak classmate (wanita Islam) yang tanya depan non-muslim "semalam aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yang dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju macam mana? tudung macam mana?"

Dia pun terpinga pinga, macam tak satisfied pulak dengan jawapan kita. So, bab bertudung ni janganlah kita mendabik dada kata yang bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah.. entahlah kalau dalam bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. macam mana la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sedangkan Islam itu cukup indah jika dihayati.. bukan main ambil separuh paruh yang kita suka.. no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- 


Akhir zaman nanti umat Islam tu memang la ramai tapi kesemuanya seperti buih buih di lautan!

Wallahualam.



Thank you for reading ;p

Wednesday, December 5, 2012

Amanah Dalam Bersahabat

Assalamualaikum.

Amanah sememangnya sering dikaitkan dengan kepercayaan. Ia juga amat rapat dengan iman seseorang Muslim yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman. Dalam bahasa inggeris, sebagai trust dan dinisbahkan kepada kata rely on. Example, to trust in God atau dalam bahasa melayu percaya kepada Tuhan.

Lawan bagi 'amanah' ialah 'khianat' iaitu salah satu ciri kemunafikan dan secara langsungnya termasuk dalam ciri kekafiran. Bahasa inggeris disebut sebagai betray dan perbuatan ini adalah hina di sisi Allah swt.

Memperkatakan tentang amanah ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat luas skopnya. Ambil satu example yang rapat dengan kita iaitu amanah dalam bersahabat. Sebelum datangnya 'jiwa' untuk bersahabat, Islam telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat. 

Abu Sulaiman Darami rahimatullah berkata, "Jangan sesekali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini: 
  • Dia diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur
  • Dia menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu
Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."

Jadi, sebagai seorang Mukmin yang sejati dan memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, jangan berlebih dan jangan berkurang. In sha Allah.



"SESEORANG ITU ADALAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG DIKASIHI"

Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya itu.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud ra)
Thank you for reading ;p