Friday, December 31, 2010

Mata Sangat Penting

Assalamualaikum :) 


Gambar Hiasan


1. Bekerja / Bermain Komputer Tidak Terlalu Lama


Biasakan memberi waktu berehat ketika berada di depan screen komputer. Contohnya setiap 15 hingga 30 minit sekali berehat dan melihat benda yang jauh selama 5 hingga 10 minit agar mata tidak selalu dalam keadaan tegang kerana melihat screen dengan jarak yang sangat dekat. 

2. Hindari Debu 

Bagi anda yang sering berada di jalan raya seperti polis trafik, tukang sapu sampah dan sebagainya . sebaiknya menggunakan pelindung mata seperti cermin mata . Hindari debu yang masuk ke mata kerana boleh membuat mata jadi infeksi dan membuat mata menjadi rosak.

3. Makan Makanan Bergizi, Berserat dan Bervitamin A 

Mata sangat perlu zat-zat yang bergizi serta vitamin yang cukup agar dapat menjaga kesihatan mata dengan sihat . Biasakan memakan makanan yang berserat dan memiliki kandungan gizi yang cukup. Anda juga perlu makan makanan yang mengandungi vitamin A seperti tomato , betik dan sebagainya.

4. Membaca Buku

Jarak yang perlu untuk membaca buku adalah 30 cm. Bila terlalu dekat dapat membuat mata kita tegang dan mengakibatkan rabun jauh dalam jangka panjang. Membaca buku juga tidak boleh sambil tidur . Cahaya juga perlu cukup contohnya dengan lampu neon yang terang. Dengan demikian kesihatan mata akan tetap terjaga.

5. Menonton Televisyen Tidak Terlalu Dekat

Jarak yang perlu untuk menonton televisyen 2 meter untuk tv berukuran 14 inci. Untuk screen yang lebih lebar jaraknya perlu la lebih jauh. Menonton screen pun sebaiknya duduk kerusi yang paling belakang agar mata tidak rosak . 

6. Bermain Video Game Tidak Terlalu Dekat

Anak-anak zaman sekarang banyak yang abai terhadap kesihatan mata. Ini dapat kita lihat dengan banyak bermain ps / playstation atau video games . Sebaiknya biasakan memarahi anak yang bermain games terlalu dekat. Berehat 15 hingga 30 minit sehari untuk penjagaan mata yang sihat sentiasa .  

Jagalah kesihatan mata anda agar anda tidak mempunyai masalah mata kerana harus memakai cermin mata terus-menerus. Dengan mata yang sihat anda mempunyai banyak peluang untuk mendapat kehidupan yang lebih ideal . Hubungi atau berjumpa doktor setiap kali anda mempunyai masalah dengan mata.



Thank you for reading ;p

No comments: