Tuesday, June 19, 2012

Selamat Hari Ayah

Assalamualaikum.


Semua orang merayakan mother's day, tapi apabila father's day menjelma hanya beberapa yang merayakannya. Tetapi apabila mengikut islam, mother's day dan father's day seharusnya dirayai setiap hari. Bagi mengingati jasa jasa kedua dua mak ayah kita, bukannya hanya hari tertentu sahaja. Faham tak? Apabila kita menceritakan tentang mak kita, sudah semestinya tidak akan abis kita menceritakannya kan? Iya lah, mak adalah segala galanya. Mak yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan, melahirkan kita dengan sesak nafasnya, memberi susu kepada kita, memandikan kita dengan syampu brand baby johnson's dan memakaikan kita baju dan seluar brand kiko dan pamper's brand mamy poko. Tidak dilupakan meletakkan minyak yuyi cap limau diperut supaya tidak kembung perut sehingga kita dewasa, sehingga kita kahwin dan sehingga anak anak kita, kiranya cucu cucu dia lah. 
Brand Baby Johnson's
Tapi kita jangan lupa kepada ayah kita yang telah bersusah payah dengan lelahnya mencari rezeki untuk kita, memerlukan kekuatan untuk memarahi kita selalu dan menyepak kita apabila kita melawan cakap dia. Boleh? Tahu kah kita, mungkin mak yang selalu mendukung kita semasa kita baby, tetapi tahu kah kita yang sebenarnya ayah terlalu letih pulang ke rumah dengan penat lelahnya bekerja mencari rezeki dan menanyakan apa yang kita lakukan seharian dirumah. Bukannya ayah tidak mahu mendukung, tapi ayah terlalu letih. Cuba lah faham sikit! Tahu kah kita lagi, mungkin mak yang selalu menelefon kita semasa kita sedang berjauhan dengan keluarga, tetapi tahu kah kita yang sebenarnya ayah lah yang mengingatkan mak untuk menelefon kita. InI kerana sayang ayah kepada kita terlalu tinggi sampai tak boleh nak diucapkan dengan kata kata. Bukan nak cakap mak tak sayang kita, mak sayang kita sangat. Tapi, kita hanya nampak mak je yang sayang kita kan? Sebab mak hatinya lembut, hati ayah sangat keras. Tapi, kita tak tahu yang ayah sayang kita lebih lagi. 


Ayah terbaik dari ladang


Ok, sambung. Tahu kah kita lagi dan lagi, semasa kita mahu meminta kebenaran untuk berkahwin, ayah sangat berhati hati untuk mengizinkan perkahwinan ini dan disaat kita berada di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah tersenyum bahagia melihat anaknya. Apakah kita tahu bahawa, ayah telah pergi ke belakang rumah dan menangis sambil bersyukur kepada Allah SWT kerana tugasnnya menjaga dan mendidik anaknya telah berjalan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Setelah itu, ayah akan menunggu kedatangan kita pulang ke rumah dengan harapan membawa cucu cucunya yang sesekali menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak kuat lagi untuk menjaga kita. Akhir kata dari aku yang sangat sayangkan ayah aku :


Kamarudin Bin Ismail

Thank you for reading ;p

2 comments:

Anonymous said...

selamat hari bapa sedunia.. peace yaww!!!

-farhan-

Aqilah Kamarudin said...

@Anonymous farhan! selamat hari ayah sedunia! :P