Wednesday, December 5, 2012

Amanah Dalam Bersahabat

Assalamualaikum.

Amanah sememangnya sering dikaitkan dengan kepercayaan. Ia juga amat rapat dengan iman seseorang Muslim yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman. Dalam bahasa inggeris, sebagai trust dan dinisbahkan kepada kata rely on. Example, to trust in God atau dalam bahasa melayu percaya kepada Tuhan.

Lawan bagi 'amanah' ialah 'khianat' iaitu salah satu ciri kemunafikan dan secara langsungnya termasuk dalam ciri kekafiran. Bahasa inggeris disebut sebagai betray dan perbuatan ini adalah hina di sisi Allah swt.

Memperkatakan tentang amanah ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat luas skopnya. Ambil satu example yang rapat dengan kita iaitu amanah dalam bersahabat. Sebelum datangnya 'jiwa' untuk bersahabat, Islam telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat. 

Abu Sulaiman Darami rahimatullah berkata, "Jangan sesekali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini: 
  • Dia diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur
  • Dia menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu
Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."

Jadi, sebagai seorang Mukmin yang sejati dan memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, jangan berlebih dan jangan berkurang. In sha Allah.



"SESEORANG ITU ADALAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG DIKASIHI"

Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya itu.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud ra)
Thank you for reading ;p