Wednesday, December 26, 2012

Berubah

Assalamualaikum.

Keheningan pagi membuat aku sentiasa terkenangkan sesuatu. Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di ingatan dan seperti biasa aku akan melayani lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur.

Mak Senah ibu aku menjalankan rutinnya menyuruh aku segera bersiap untuk membantunya di kebun. Aku menarik nafas dalam dalam kerana satu jadual yang terpaksa di ikut setiap hari. Selesai saja bersarapan kami memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa. Kadang kala terasa bosan juga di hati aku, tetapi apakan daya itu saja yang dapat dilakukan. Namun begitu, jauh di sudut hati aku, sentiasa berdoa dan berharap agar hidup aku akan berubah satu hari nanti.

Kebun kami tidak berapa jauh dari rumah, lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Sedang kami berjalan kaki di sebatang denai, tiba tiba satu cahaya muncul di hadapan aku dan ibu aku. Hati kami menjadi kaget kerana tidak pasti dari manakah datangnya cahaya itu dan tak semena mena badan aku mula melayang layang di udara dan ibu aku pengsan waktu itu juga. Aku ingin menjerit tetapi suara aku bagaikan disekat. Aku cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi sia sia. Tiba tiba badan aku mula bercahaya secara beransur ansur dan akhirnya sama dengan cahaya tersebut.

Seketika selepas itu badan aku mula merekah rekah. Darah segar memancut mancut dari liang liang tubuh aku. Kesakitan yang amat mula terasa di seluruh anggota aku. Urat urat kaki dan tangan membengkak dan pecah. Darah lebih banyak keluar dari tubuh badan aku. Otot otot aku membesar dan terkoyak secara tiba tiba. Aku masih tidak mampu menjerit namun begitu mata aku semakin segar menonton penyeksaaan pada diri aku. Tiba tiba kulit badan aku tersiat siat. Setiap sel sel kulit aku seperti dirobak rabik dan kelihatan daging putih yang tidak berkulit lagi.

Darah mula terbit dicelah celah daging badan aku. Pedih dan ngilu tidak dapat dibayangkan lagi. Apakah ini pembalasan dari Tuhan kepada aku? Aku tidak terdaya lagi. Aku tidak mampu menahan apa apa penyeksaan yang dilakukan kepada diri aku. Dengan tidak semena mena, larutan garam disimbah ke badan aku yang tidak berkulit itu. 
Air garam itu mula menusuk ke dalam daging aku, menambah kepedihan yang sedia ada. 

"Argh... Arghh... Arghhh..." Itu saja yang mampu dikeluarkan dari hati kecil aku. Peristiwa sadis ini dengan tiba tiba datang dan menyeksa diri aku. Secara perlahan lahan badan aku yang terapung diletakkan semula dengan tiba tiba. Duri duri semalu sedang menunggu tubuh aku untuk dijamah. Aku tidak tahan dengan penyeksaan itu lagi lalu aku pun pengsan. Biarlah hilang ingatan aku supaya segala kepahitan, kesakitan dan kesengsaraan dapat dilupai. Malam itu gempar satu kampung apabila para penduduk terjumpa ibu aku pengsan bersama satu makhluk yang lain. Aku tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa bentuk fizikalku telah berubah. Tok Imam segera dipanggil untuk melihat apakah makhluk itu. Tok Imam ternampak satu tanda di lenganku dan akhirnya Tok Imam dapat mengenali aku. Malam itu juga Tok Imam mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa makhluk itu adalah aku dan kini aku telah berubah. 

Hidup aku kini betul betul telah






berubah... berubahh... berubahhh...





men.........ja..........di...................









...................men......ja.........di....






...................menjadi...................






menjadi............menjadi.............








Power Rangers Pink!!!






Kushuk dan tawaduk nampak bila baca... Haha Haha Haha

Thank you for reading ;p

1 comment:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...