Thursday, November 29, 2012

Pernah Tak Korang Teringat Zaman Dulu

Assalamualaikum.

Pernah tak korang teringat masa zaman dulu dulu, masa korang kecik kecik lagi.

Hidup rasa macam mudah sangat kan? Bangun pagi mak kejutkan, pastu mandi pergi sekolah. Kalau masa sekolah tadika dulu, nak pergi sekolah tadika mak pimpin tangan, jalan pelan pelan tepi jalan. Pastu kalau ada yang sensitif, kena la mak tu tunggu kat tepi kelas.
Pastu kat sekolah kalau nak kencing ke atau yang sewaktu dengannya, mesti kita akan cakap satu ayat ni...

"Cikgu, boleh saya pegi tandas?" atau bila time kelas English "Teacher, may I go to toilet?"

Masa tu bila rasa nak pegi tandas je mesti susun ayat dulu. Rasa dah yakin baru minta izin cikgu. Masa tu kalau kerja sekolah tak siap, memang kecut sangat perut tu. 

Tapi rasanya mesti ramai yang teringat bulan puasa time kecik kecik. Bangun pagi nak sahur tu, rasanya macam kena buat kerja berat je. Pastu time makan nasi atau lauk tu nampak macam kecik sangat, ye la, mata tak bukak habis. Mesti makan bertongkat tangan punya. Pastu yang memang tak tahan confirm baring terus tepi nasi tu. 

Pastu bila kat sekolah je, terus segar bugar. Tapi yang hairannya bila time rehat semua muka sedih je. Ye la, kantin tak bukak, tapi mesti nak ke kantin atau tengok kantin jugak. Ye la, orang kata kalau tak dapat makan dapat tengok bumbung kantin pun jadi la. Yang tak tahan ada yang meleleh air liur tengok bekal kawan kita yang bukan Islam. Pastu mesti permintaan nak ke tandas tu banyak sangat. Rasanya, cikgu pun tahu pastu biar je pegi tandas.

Bila balik sekolah tu, biasa la mesti menyinggah di warung atau apek kat luar sekolah. Tapi selalunya time puasa apek tak ramai sangat. Beli cekedish, pastu mesti habiskan kat situ jugak. Yang boleh tahan lagi tu tengok dari jauh je la.

Pastu bila balik umah, mesti terus ke dapur. BIla mak jeling tengok dengan ekor mata, baru slow slow nak pegi mandi. Tapi mandi mesti lagi lama dari biasa. Bila keluar je terus segar bugar. Mak kat luar tu dah faham sangat dah. 

Bila time mak masak, mesti masing-masing nak menyibuk. Pastu dok asyik telan air liur. Bila dah siap masak ayat ni mesti mak-mak selalu dengar...

"Mak, adik sakit perut la"
"Mak, adik rasa cam nak demam la"

Pastu bila time buka puasa, baru hidang makanan dah duduk mengadap. Dah siap cup nak ambil air apa, lauk apa dulu. Ada yang dah siap pegang gelas kat tangan. Dok asyik pandang TV @ radio je, bila la nak buka ni. Bila la nak azan ni. Lambat sangat...

Pastu mesti confirm korang ingat time seminggu sebelum raya. Budak budak dok sibuk cari tin tin kosong. Pastu yang rajin buat sendiri guna kayu ke, buluh ke. Ye la, malam tujuh likur. Pemandangan waktu malam ni la yang paling aku rindu. Setiap rumah cantik je...

Pastu mesti happy sangat bila time nak beli baju raya kan. Masa tu semua pun nak baru, ye la tak paham apa-apa pasal duit yang susah nak dicari tu...

Pastu malam raya, mesti semua dok mengadap depan tv. Dengan Penyimpan Besar Raja-raja nak umum time raya. Rasanya ramai yang hafal ayat ni...

"Saya Penimpan Mohor Besar Raja-raja...
Dengan ini mengumumkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Hari bla bla bla..."

Bila ayat tu habis ye, riuh rendah la rumah. Mak dengan ayah geleng kepala. Budak budak dok melompat, happy sangat la. Raya hari esok. Semua pakat pegi main bunga api. Meriam buluh tu jangan cakap la, berdentam dentum la. Ada yang dok nak menyibuk kemas rumah sama... Ada yang dah tak sabar siap berbelas kali try baju raya dia...

Pagi raya... yang ni mak dah tak payah kejut. Confirm ramai yang tak payah nak dikejutkan. Diorang pulak yang dok sibuk nak kejut mak dengan ayah.

Rutin yang tak boleh tinggal mesti cium tangan mak dengan ayah, minta maaf. Pastu tadah tangan mintak duit raya... kekeke

Tapi itu semua dulu...
Sekarang rasanya banyak yang aku dah tak boleh tengok lagi. Budak budak sekolah sekarang tak macam dulu, takut dengan cikgu. Pastu time puasa kalau tak puasa dengan bangganya cakap yang aku tak puasa la bhai. Pastu siap tunjuk hero makan depan orang lain yang puasa. Ayat nak pergi toilet tu pun mesti ramai yang dah tak guna dah...

Bila malam time buka puasa, susah nak macam dulu. Dulu satu family duduk berbuka sesama. Pastu lauk simple je, tak ada la banyak sangat sampai membazir bazir...
Tapi sekarang, lauk lagi banyak dari orang yang nak makan, sampai penuh meja. Pastu nak tengok satu family makan sesama, macam susah sangat. Ada yang buka dalam bas la, dalam train la, dalam kereta la, ye la jem teruk. Ada yang buka kat luar dengan customer la, bos la... jadi kat umah tu lengang je la...

Seminggu sebelum raya, susahnya sekarang nak tengok cahaya pelita. Sekarang guna lampu lip lap lip lap. Berwarni warni, bermacam bentuk. Cantik... memang cantik... tapi tak ada serinya pun adoi ter ber...

Bila pagi raya, budak budak sekarang bila terima duit singgit merungut rungut. Alaaa... singgit je...? Dulu pergi ziarah jiran ke, rumah sedara ke. Tapi sekarang... awek dan pakwe pergi beratur nak beli tiket wayang, tak pun budak budak dok depan tv tunggu cerita best best. Bila mak dengan ayah ajak, ramai yang tak nak ikut, itu yang sekarang ada yang tak kenal sedara mara sendiri...

Bertahun lamanya berlalu...
Dari kita kecil, sampai kita besar...
Tapi suasana dah tak sama lagi dah...

Pernah tak korang ingat benda ni semua...

Ramadhan bakal menjelma...
Jadi gunakanlah sebaik-baiknya...
Manfaatkan seeloknya...
Sebab ni mungkin Ramadhan terakhir yang akan kita sambut...

*Walaupun sekarang bukan lah bulan Ramadhan atau Syawal. Aku tetap nak cerita jugak... :P





Thank you for reading ;p

6 comments:

Ekyn Yaacob said...

done following.. jemput lah ke ekynsnay.blogspot.com :)

ISs said...

nice...
vesit here http://iss-life.blogspot.com/
a lot information in this world.

eszyamin said...

haha..ni bila punya entri ni? sekarang baru nk masuk safar..hehe..btw, mmg sering jugak teringat zaman kekecik..sonok ngat..byk main jer..x pikir pon apa2 tggungjwb..tggungwb nk main tu ada la pikir..huhu..kdg trmenung sendiri, n tertitis juga air mata sbb rindu suasana dulu..bila dh makin dewasa,adakalanya family sndiri dh x mcm dedulu..ada yg da kawen..terasa jauh sgt dgn adek badek sndiri..terus terang..rasa mcm nk sentiasa kecik je kan??

Aqilah Kamarudin said...

@Ekyn Yaacob Thanks babe :)

Aqilah Kamarudin said...

@ISs Thanks :)

Aqilah Kamarudin said...

@eszyamin ini baru punya entri. tahu tak apa, rasa rindu sangat sangat time kecik kecik. sentiasa dibelai belai. kekeke