Thursday, December 6, 2012

Trend Bertudung Zaman Kini

Assalamualaikum.

Bacalah untuk peringatan KITA, KITA dan KITA semua.

Aku memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ini. Lupakanlah sebentar tentang saudari saudari kita yang masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi apa yang nak aku tulis ini ialah pasal trend memakai tudung dan menutup aurat itu sebenarnya.. sudah tidak selari.. dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's Alhamdulillah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat di sekolah, IPT, pejabat, kilang, itu pun majoriti pekerjanya wanitanya memakai tudung, bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik makcik, cik kak cik kak, adik adik kita yang bertudung dikepala tak kira la tahap mana education backgroundnya..


Beginilah isi surat saudara tu..

  1. Tudung ikat reben kat bawah dagu, tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didalam al-Quran (sila rujuk an-Nuur:31 & Hadith riwayat Abu Daud) Kadang kadang tu main ikat cincai aje , ala ala nyonya yang jual buah atau macam nak pergi noreh getah!
  2. Pakai tudung, tapi ada jambul sedikit terkeluar (entah lah 'ter' atau sengaja?) masa saya kat UK dulu summer season ramai minah salleh pose macam ni, artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g.., Madhuri Dixit, Manisha Koraila,.. gaya model time fesyen show..
  3. Bermini telekung, tutup dada tapi pakai baju tight, singkat pulak tu biasanya digayakan dengan jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap silap pusat sekali kalau ada rezeki.. kekeke
  4. Bermini telekung (3 segi), tapi pakai t-shirt lengan pendek.. lengan/tangan kasi orang tengok.. kita tutup rambut yang hitam, tapi tangan/lengan yang putih melepak tu kita dedahkan..
  5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/kebaya sendat siap dengan kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang lenggok ditiup angin.. melintas jalan.. siapa nak jawab tu?
  6. Pakai tudung labuh, tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala, siap dengan eye-shadow, mascara sekali.. touch-up sana, touch-up sini dan kasut highheels lagi uollls.. bertudung dan berhias hias (bertabarruj) di khalayak ramai, yang bukan muhrim, di tempat kerja, bus-stop dan etc.. sila rujuk (al-Ahzab: 33 ) boleh gitu?
  7. Pakai tudung sempoi (ikat reben) dikenakan dengan baju gaun aras lutut.. (gaun mengandung) kepala tutup, betis nampak.. fuhyooo.. saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak!!!
  8. Pakai tudung, cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu.. "si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke, kecik ke.. orang masih boleh buat tekaan..
  9. Pakai tudung trend busana muslim, siap kerongsang/brooce sana sini, siap touch-up muka, kasut, beg, tas tangan mesti kena match nak pergi kerja, kenduri kahwin, seminar dan etc.. siap dengan accessories gelang, rantai labuh, cincin penuh di jari jemari.. etc yang ni pun lebih kurang yang nombor 6 bertabarruj/berhias hias kepada yang bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut..

Yeah, you are right.. di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung) di antara sepuluh yang tak bertudung tu menepati ciri ciri menutup aurat sebagaimana dalam al-Quran. Ustaz/ustazah dah ajar masa sekolah dulu, aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. 

Sometimes classmate kita yg non-muslim pun confused diaorang ada tanya pakai tudung cara yang mana yang paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sangat wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! sebab dah ada yang kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak ada yang nak pandang, susah lah nak dapat jodoh.. bab ni aku tak dapat nak kata apa dah.. sebab, aku pun tak kahwin lagi. kekeke.. ada pulak classmate (wanita Islam) yang tanya depan non-muslim "semalam aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yang dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju macam mana? tudung macam mana?"

Dia pun terpinga pinga, macam tak satisfied pulak dengan jawapan kita. So, bab bertudung ni janganlah kita mendabik dada kata yang bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah.. entahlah kalau dalam bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. macam mana la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sedangkan Islam itu cukup indah jika dihayati.. bukan main ambil separuh paruh yang kita suka.. no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- 


Akhir zaman nanti umat Islam tu memang la ramai tapi kesemuanya seperti buih buih di lautan!

Wallahualam.



Thank you for reading ;p

4 comments:

Anonymous said...

terasanya haku adeiiii malu noks!!!

Anonymous said...

seriously lawak surat dari saudara tu, btw nice entry babe

Aqilah Kamarudin said...

@Anonymous same like me. terasa jugak sometimes. kekeke

Aqilah Kamarudin said...

@Anonymous yup, lawak kan? yang lawak itu la patut diberi pengajaran. act, not my entry. i just copy, paste and edit a little bit. tehee! sorry :D