Tuesday, May 24, 2011

Kisah Nyata .. Perjuangan Cinta Seorang Isteri Sejati !

Assalamualaikum :) 

Gambar Hiasan

Semuanya bermula dari sebuah rumah mewah di pinggiran kampung, yang dimana hiduplah sepasang suami isteri yang bernama Pak Andre dan Bu Rina. Pak Andre adalah anak tunggal keturunan orang berada di kampung itu, sedangkan Bu Rina adalah anak orang biasa. Namun demikian kedua orang tua Pak Andre, sangat menyayangi menantu satu-satunya itu. Kerana sangat rajin, patuh dan taat beribadah, Bu Rina juga sudah tidak mempunyai saudara mara dan kedua orang tua lagi. Mereka semua menjadi salah satu korban gempa bumi beberapa tahun yg lalu.
 
Sekilas orang memandang, mereka adalah pasangan yang sangat bahagia. Jiran jirannya pun tahu bagaimana mereka dulu berusaha dari kecil untuk mencapai kehidupan aman seperti sekarang ini. Sayangnya, pasangan ini belum lengkap lagi. Dalam sepanjang waktu sepuluh tahun usia pernikahannya, mereka belum juga dikurniakan seorang anak pun. Akibatnya Pak Andre putus asa walau masih sangat mencintainya, dia berniat untuk menceraikan Bu Rina yang dianggapnya tidak mampu memberikan keturunan sebagai penerus generasinya.

Setelah melalui perdebatan yang sengit, dengan sangat sedih dan duka yang sangat mendalam, akhirnya Bu Rina pun menyerah pada keputusan suaminya untuk tetap bercerai.
Sambil menahan perasaan yang tidak menentu, suami isteri itu pun menyampaikan berita perceraian tersebut kepada kedua orang tuanya. Kedua orang tuanya pun menentang keras, dan sangat tidak bersetuju, tapi nampaknya keputusan Pak Andre sudah bulat. Dia tetap akan menceraikan Bu Rina.


Setelah berdebat cukup lama, akhirnya dengan berat hati kedua orang tua itu menyetujui perceraian tersebut dengan satu syarat, iaitu agar perceraian itu juga diselenggarakan dalam sebuah majlis yang sama besar seperti besarnya majlis saat mereka menikah dahulu. Kerana tak ingin mengecewakan kedua orang tuanya, maka persyaratan itu pun disetujui.
Beberapa hari kemudian, majlis diselenggarakan. "Saya berani sumpah bahawa itu adalah sebuah majlis yang sangat tidak membahagiakan bagi sesiapa pun yang hadir !". 


Pak Andre nampak tertekan, stress dan terus menegok minuman beralkohol sehingga mabuk. Sementara Bu Rina nampak terus mengelamun dan sesekali mengusap air mata di pipinya. Di sebalik mabuknya itu tiba-tiba Pak Andre berdiri dengan tegak dan berkata dengan lantang, "Isteriku, saat kamu pergi nanti, ambil saja dan bawalah serta semua barang berharga atau apa pun yang kamu suka dan kamu sayangi selama ini !!!" Setelah berkata demikian, tak lama kemudian ia semakin mabuk dan akhirnya tak sedarkan diri.


Keesokan harinya, selepas usainya majlis, Pak Andre bangun daripada tidur dengan kepala yang masih berdenyut-denyut. Dia merasa asing dengan keadaan disekelilingnya, tak banyak yang dikenalnya kecuali satu. Rina isterinya, yang masih sangat dia cintai, selama bertahun-tahun dia menemani hidupnya. Maka, dia pun bertanya, "Ada dimanakah aku??? Sepertinya bukan bilik kita??? Apakah aku masih mabuk dan bermimpi??? Tolong jelaskan..."Bu Rina pun menatap mata suaminya penuh kasih sayang dan syahdu dengan mata berkaca dia menjawab,"Suamiku... kini kita dirumah peninggalan kedua orang tuaku, dan mereka itu para tetamu. Semalam kamu cakap di depan semua orang bahawa aku boleh membawa apa saja yang aku mahu dan aku sayangi. Dan perlu kamu tahu, di dunia ini tidak ada satu barang pun yang berharga dan aku cintai dengan sepenuh hati kecuali kamu. Kerana itulah kamu sekarang aku bawa kemanapun aku pergi. Ingat, kamu sudah berjanji di dalam majlis itu !!!"


Dengan perasaan terkejut setelah terpegun sejenak dan sesaat tersedar, Pak Andre pun bangun dan kemudiannya memeluk isterinya dengan erat sambil teresak esak. Bu Rina pun hanya boleh pasrah tanpa mampu membalas pelukannya. Ia biarkan kedua tangannya tetap lemas, lurus sejajar dengan tubuh kurusnya. "Maafkan aku isteriku, aku sungguh bodoh dan tidak menyedari bahawa ternyata sebegitu dalamnya cintamu buat aku. Sehinggapun walau aku telah menyakiti hatimu dan berniat menceraikanmu, kamu masih tetap mahu membawa diriku bersamamu dalam keadaan apapun..."


Kedua suami isteri itu akhirnya berpelukan melempiaskan penyesalannya masing masing. Mereka akhirnya mengikat janji (lagi) berdua untuk tetap saling cinta mencintai sehingga ajal memisahkannya. Alhamdulillah :)
Thank you for reading ;p

5 comments:

Qamaruls said...

kenape name die andre? hehe best laa citer nie.

Aqilah Kamarudin said...

Qamarul : andre ni dari indonesia . haha :)

nurulhidayah said...

great story! :).
saya suukaa..:p

nurulhidayah said...

wei aku tag ko aw..

Aqilah Kamarudin said...

miss Sushi ♥♥ : copy paste je ni . haha . tag aku ? i-allah aku join :)