Tuesday, June 7, 2011

Lawak Cukur Misai

Assalamualaikum :)

Gambar Hiasan 

Mimi : Abang Joe ... jom la datang rumah Mi ... Mi rindu la ... Lagi pun suami Mi pergi oversea tadi ...
Joe : Baiklah , malam esok abang pergi rumah Mi tau ...
Mimi : Oh ya ... sebelum abang datang rumah Mi esok , abang cukur misai kasi licin dulu tau . Abang tahukan , Mi suka lelaki yang muka macam " baby face " ...
Joe : Alamak ... yang ini susah sikit . Isteri abang suka abang simpan misai , nanti dia marah abang pulak ...
Mimi : Alaaaaaa ... abang ni nak jumpa Mi ke tak nak ni ??? 
Joe : Okeylah ! Okeylah sayang . Mi punya pasal ... apa saja abang sanggup buat !
Mimi : Sayangggggg abanggggggggg !!! 


   Keesokkan paginya , semasa Joe hendak pergi ke pejabat , dia telah berpesan kepada isterinya , dia terpaksa pulang lewat malam nanti kerana ada " mesyuarat tergempar " yang tak dapat dielakkan . 
   Semasa di pejabatnya , Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin . Malam itu , Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari .
   Pukul 4.00 pagi , ketika Joe pulang ke rumahnya , bilik tidurnya gelap . Perlahan lahan Joe menyalin bajunya dan naik ke katil senyap senyap . 
   Tiba tiba isterinya Joe tersedar lalu meraba raba muka Joe yang licin dalam gelap sambil berkata , " Kenapa kau tak balik balik lagi Farid ... kejap lagi suami akak balik ... ! " Thank you for reading ;p