Tuesday, January 31, 2012

Boss Tak Ada Telinga

Assalamualaikum. 
Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.

Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi di akhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga," jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Eeemmm... .tuan tak ada telinga," sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda,dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak, dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu, Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu,walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga". Johan bengang. 


Thank you for reading ;p

2 comments:

PemilikCahaya said...

sengal kemain..xde telinga tp mampu nk dgr pulak kan..

Aqilah Kamarudin said...

@eszyamin a'ha la, baru perasan. kehkehkeh!