Monday, February 7, 2011

Bos dan Pemandu Yang Bodoh

Assalamualaikum :)

Gambar Hiasan


Dua orang bos bertemu di sebuah kafe di Seremban , Negeri Sembilan . Topik perbualan mereka mengenai pemandu masing masing yang dikatakan bodoh .


Bos 1 : Hei , kau tahu tak ? Pemandu aku tu bodoh bukan kepalang ! Nak aku buktikan ?
Bos 2 : Boleh juga . 


Lalu Bos 1 memanggil pemandunya , Ahmad masuk ke dalam kafe .


Bos 1 : Ahmad ! Ambil wang RM10 , pergi belikan aku sebuah kereta Mercedes Benz F700 .
Ahmad : Siap bos !


Ahmad berlalu dengan membawa RM10 keluar dari kafe tersebut .


Bos 1 : Betul tak apa yang aku kata ? Benar benar bodoh kan ?
Bos 2 : Kalau macam tu , belum seberapa bodoh lagi . Cuba kau tengok pemandu aku .


Giliran Bos 2 memanggil pemandunya , Beni masuk ke dalam kafe .


Bos 2 : Beni , cuba kau balik ke rumah untuk periksa adakah aku ada di rumah sekarang ?
Beni : Ok bos !


Beni kemudiannya meninggalkan kafe tersebut .


Bos 2 berkata kepada Bos 1 .


Bos 2 : Bagaimana ? Lagi bodoh pemandu aku kan ?
Bos 1 : A'ha lah . Memang bodoh sungguh .


Di luar kafe , secara tidak sengaja Ahmad dan Beni bertemu . Masing masing bercakap mengenai kebodohan bos mereka .


Ahmad : Kau tahu betapa bodoh bos aku ? Dia berikan aku RM10 untuk membeli kereta Mercedes Benz F700 ? Padahal , kau tahukan hari ni hari minggu , mana ada showroom yang buka ?


Beni : A'ha ! Itu masih belum seberapa bodoh . Kau tahu bos aku , baru saja suruh aku pulang ke rumah untuk periksa adakah dia ada di rumah atau tidak . Bodohnya dia ! Takkan lah dia tak boleh memeriksanya sendiri menggunakan handphone dia .


Diadaptasi dari Majalah Sarina
                                             




Thank you for reading ;p