Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

Assalamualaikum :)


 
CLICK BANNER FOR MORE INFORMATION

  1. LELAKI pilihan anda ?
    = Brad Pitt tetap dihati walaupun sudah tua dan sudah kahwin dengan Angelina Jolie , malahan telah mempunyai ramai gila anak . Haha :) Tetapi , saya tetap suka Brad Pitt :)

  2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ? 
    = Perlu perlu perlu . Definisi lelaki seksi bagi saya ialah lelaki seksi tidak perlu  lah memakai pakaian seksi atau seksa . Contohnya , baju terkoyak koyak . Seksi ke ? Selekeh je . Baju ketat ketat . Seksi ke ? Seksi yaww ! Lelaki seksi perlu lah menunjukkan kejantanannya kepada perempuan . Itu definisi si lelaki seksi bagi saya . Haha . Itulah yang terbaik dari ladang :)

  3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ? 
    = Benar benar benar . Apabila si lelaki menagih cinta si perempuan dan  si perempuan tidak melayan ,  maka si lelaki terasa tercabar dan akan berusaha dengan lebih keras untuk mendapatkan cinta si perempuan . Itu kerana , si lelaki tidak mudah putus asa dan sanggup berkorban apa saja . Apabila mendapat cinta si perempuan , si lelaki akan mainkan perasaan si perempuan . Kerana lelaki pantang di cabar . Haha . Kan ?

  4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ? 
    = Siapa kata tak sanggup bermadu ? Apa lah salahnya hidup bermadu . Kita bukan mendapat dosa , malahan kita mendapat pahala di akhirat nanti dan insyaALLAH akan masuk ke syurga . Ingatlah wahai kaum hawa , di dunia akhir zaman ini kaum hawa lebih ramai daripada kaum adam . Jadi , jikalau kita dimadukan , kita jangan lah buat perkara bangang ye . Kita harus redha dengan ketentuan illahi . Haha . Poyo tak ?  :)

  5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ? 
    = Jikalau saya mengetahui pasangan saya mempunyai teman wanita lain , saya akan smack down perempuan itu sampai lebam dan akan tolak perempuan itu dari atas banggunan KLCC . Haha . Tidak lah , saya akan menyuruh pasangan saya untuk berkahwin dengan teman wanita nya . Yelah , kalau mereka buat benda yang tak senonoh macam  mana ? Buat malu saja . Baik kahwin kan bukan ? Haha :)

  6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ? 
    = Secara jujurnya , lelaki dan perempuan , kedua duanya sama sahaja . Tetapi , kebanyakkan kes yang dapat kita lihat , lelaki lah yang mudah berlaku curang . Itu kerana , lelaki tidak cukup dengan satu perempuan .  Yelah , mereka mempunyai kuasa untuk berkahwin sampai empat bukan ? Biarkanlah , daripada mereka membuat perkara tak senonoh . Malu gila ! Kan kan kan ? Haha :)

  7. SETIA. pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ?
    = Perempuan yang lebih setia ! Itu kerana , lelaki boleh berkahwin  sampai empat  , empat babe , empat ! Haha . Itu pun jika mampu ,  kalau tak mampu ? Fikirlah sendiri  macam mana nak cari duit . Tapi , kalau perempuan boleh ke kahwin sampai empat ? Tak boleh kan . Itu bermakna perempuan lebih setia pada cinta yang satu . Cewahhhh. Haha :)

  8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ? 
    = Tidak . Bohong lah kalau saya cakap yang saya ini langsung tak cemburu kan ? Cemburu lah juga . Tapi , tak lah melampau sangat sampai sanggup membunuh pasangan sendiri dan masuk dalam surat khabar Berita Harian , Metro dan sebagainya . Gila gempak ! Saya memang tabik lah siapa siapa yang bunuh pasangan mereka sebab cemburu tu . Yelah , mereka cinta sepenuh jiwa tu . Tu yang sampai sakit jiwa . Haha :)






Thank you for reading ;p

6 comments:

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 segmen ben ashaari soal cinta;)

soal apisv2

fyna said...

singgah sat dari belog abg ben...



jom singgah n follow belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

solo molo said...

macam-macam jawapan ada...
ser0nok baca...



salam ziarah dari segmen s0al hati En Ben...

Aqilah Kamarudin said...

apisv2 : Thank you :)

Aqilah Kamarudin said...

fyna : Thank you :)

Aqilah Kamarudin said...

solo molo : Thank you :)